Orang KL suka tak, ada banyak pilihan pengangkutan awam?
Mestilah suka kan...yelah bukan takat MRT, Komuter, Grab dan Bas RapidKL je...tak lama lagi mungkin ada Gojek!
Tapi sebelum itu, ni ha Bas mini pun nak buat comeback. Jangan ingat artis dan ahli sukan ke je buat kemunculan semula...bas pun nak jugak weh...hehehe.
Pelik juga kan? Takde angin takde ribut tetiba nak rujuk kembali...hehehe...eh adalah sebabnya. Bukan saje-saje.
Menurut RapidKL, saiz bas mini yang kecik ni sesuai untuk kejiranan yang sempit, lebih ekonomi dan boleh buat perjalanan lebih kerap.
Ha logik kan?
Buat permulaan perkhidmatan bas mini percubaan ni akan beroperasi 3 bulan bermula September dari hab Bukit Indah ke Ampang Point.
Kalau permintaan OK RapidKL akan pertimbang untuk kekalkan dan tambah kawasan liputan.
Sebelum tutup kedai ni KJ bagilah sikit sejarah bas mini. Bas ikonik ni popular tahun 70-an sampai 90-an sebab pengangkutan awam paling murah masa tu.
Lagipun mana ada banyak pilihan kan...tu sebab sampai ada gelar bas ni 'bas tin sardin' sebab padat dengan penumpang!
Perkhidmatan bas mini ditamatkan pada 1998 selepas pihak berkuasa menggabungkan perkhidmatan pengangkutan awam kat KL.
OK lah kita berenti dulu. Hmmm...KJ rasa macam nak cuba naiklah nanti. Kalau on KJ story-mory kat korang ya.
Oleh: KJ
Gambar: AWANI & NST