Barbie Keluarkan Edisi Khas Patung Mirip Atlet Gimnastik Negara, Farah Ann

barbie keluarkan edisi khas patung mirip atlet gimnastik negara, farah ann

Barbie merupakan sebuah jenama  mainan yang terkenal di dunia. Bukan sekadar terkenal dengan patung mainan malah mereka juga telah menghasilkan pelbagai produk dengan jenama tersebut.

Ahli gimnastik negara, Farah Ann telah dipilih oleh jenama tersebut sebagai ikon dan suri teladan kepada wanita di seluruh dunia. Oleh itu, Barbie mengeluarkan model patung yang serupa dengan atlet negara tersebut.

Berdasarkan gambar yang dikongsi melalui laman Barbie, patung tersebut memakai suit gimnastik yang serupa dipakai oleh Farah Ann ketika berkasi dalam beberapa siri kejohanan.

Selain itu, Barbie juga telah menyenaraikan beberapa lagi atlet negara sebagai role model yang terbaik. Antaranya, bekas pemain skuasy nombor 1 dunia Nicol David, atlet terjun- Leong Mun Yee, atlet bowling- Shahlin Zulkifli dan speed skater- Anja Chong.

Perghhhh! Power dan tahniah

Sumber: The Rakyat Post