Baru-baru ni Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ada umumkan Bantuan Prihatian Nasional sebagai bantuan untuk membantu rakyat dalam menghadapi tempoh kesukaran.
Mungkin ada yang tertanya, kalau diorang ni disenarai hitam atau berstatus muflis boleh ke apply?
Jawapannya, boleh! Kalau korang atau kenalan korang tergolong dalam golongan tersebut khabarkan kepada mereka untuk membuat permohonan secara dalam talian melalui portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Make sure isi secepat yang mungkin sebab tarikh tutup adalah pada 30 April nanti. Kerajaan akan mempertimbangkan sama ada layak ataupun tidak. Jika layak dan lulus, bayaran BPN akan dibuat secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN).
So, jangan segan-segan apply je ok?
Sumber: Astro Awani