Baru-baru ni pihak kerajaan telah mengumumkan sejumlah wang bantuan bagi membantu rakyat menempuh tempoh kesukaran ini.
Bantuan Prihatin Nasional (BPN) akan dibayar mengikut peringkat kepada mereka yang layak. Jadi, sebelum korang terfikir nak beli benda lain, eloklah korang utamakan empat perkara ini apabila dah dapat bantuan:
1. Makanan
Dapat je duit ni, rancang untuk beli makanan dengan baik. Tak kira lah sama ada korang memasak atau beli, make sure gunakan duit ini sebaiknya. Dalam kesusahan ni, seeloknya kita makan makanan yang bersederhana. Tak perlu mahal asalkan sihat.
2. Bil elektrik dan air
Bagi mereka yang menyewa rumah, seeloknya asingkan sedikit wang bantuan untuk membayar bil elektrik dan air.
3. Bil atau kredit telefon
Walaupun zaman sekarang semua dah bergantung dekat internet, tapi pastikan korang masih boleh menghubungi sesiapa sahaja dengan menggunakan talian telefon. Lebih baik kita bersedia untuk segala kemungkinan. Bak kata orang, sediakan payung sebelum hujan
4. Peralatan kebersihan dan ubatan
Dah dapat duit bantuan tu nanti, sebolehnya peruntukan sedikit untuk peralatan kebersihan. Antara yang korang boleh beli adalah topeng muka, sabun basuh tangan dan hand sanitizer. Tak perlu yang mahal. Cukuplah yang mampu membersihkan segala kekotoran.
Selain tu, simpan sedikit wang untuk ubat-ubatan. Mungkin nampak macam tak perlu, tapi lebih baik kita bersedia sebelum terjadi, kan?