Bantuan PRIHATIN: Tips Berjimat Cermat Dengan Duit Bantuan

bantuan prihatin: tips berjimat cermat dengan duit bantuan

Memandangkan kerajaan dah mulakan pembayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Nasional (BPN) pada 6 April lalu, jadi mesti ramai yang dah cek dan semak kan status korang.

Kalau masih belum dapat dank orang layak, make sure korang isi segera borang permohonan kerana tarikh tutup permohonan adalah pada 30 April kelak.

Jadi, kalau dah dapa,  kitorang nak share tips berjimat cermat menggunakan wang bantuan tersebut:

1. Tetapkan mindset

Korang kena ingat yang korang dapat ni adalah duit bantuan. Jadi, set kan minda korang untuk membeli perkara-perkara yang perlu sahaja.

2. Senaraikan barang yang nak dibeli dan bahagikan mengikut keperluan dan kemahuan

Sebelum nak melakukan pembelian, korang senarai dulu apa nak dibeli. Kemudian, bahagikan mengikut kelas iaitu keperluan dan kemahuan. Kuantiti barang juga memainkan peranan. Jangan kerana kuantiti makin banyak, so korang pun beli sesuka hati. Walhal, nak guna sikit je. Kan dah membazir? Jadi, rancang sebaiknya.

3. Utamakan makanan

Perkara asas paling penting adalah makanan. Jadi, beli makanan yang tahan lama dan berkhasiat. Memandangkan wang yang diterima ni adalah duit bantuan, jadi janganlah kita menggunakan untuk membeli perkara-perkara yang mewah. Cukuplah sekadar ada tetapi masih mampu memberi tenaga.

4. Kurangkan pergerakan

Walaupun harga minyak sedang murah, tapi korang jangan pergi mana-mana pula sekiranya tiada alasan. Lagi kurang korang bergerak, lagi kurang korang berbelanja. Lagipun, tak ada apa pun dekat luar tu memandangkan semua pusat hiburan telah ditutup. Lebih baik duduk je dalam rumah.

5. Rencana bajet perbelanjaan

Dalam menghadapi detik kesukaran, kita kena lebih fokus dalam perbelanjaan. Bajetkan perbelanjaan harian korang supaya duit tu mencukupi untuk menampung kehidupan seharian. Rencanakan sebaiknya dan berdisiplin lah dalam berbelanja.