Bantuan PRIHATIN: Jangan Beramai-ramai Ke ATM, Semak Dahulu Sebelum Pergi Keluarkan Duit

bantuan prihatin: keluarkan je dekat mana-mana atm, dah tak ada charge rm1

Hari Isnin yang lalu pihak kerajaan telah mula membayar Bantuan Prihatin Nasional kepada mereka yang layak. Bantuan itu akan diberikan mengikut dua fasa.

Bagaimanapun, pada hari pertama kerajaan membayar, mesin ATM di bank menjadi sesak. Akibatnya, ramai yang tidak patuh dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti penjarakan sosial dan perhimpunan ramai.

Di sini kitorang nak sarankan kalau nak keluarkan duit, semak dahulu status pada laman web https://bpn.hasil.gov.my/. Kemudian, kalau lulus boleh lah cek melalui perbankan atas talian. Sekiranya dah ada, korang boleh lakukan pengeluaran di mana-mana ATM sahaja tanpa perlu risau bayaran RM1 seperti selalu.

Kerajaan baru-baru ini telah memansuhkan pengecasan RM 1 di semua mesin ATM di semua jenis bank. Perkara ini berkuatkuasa sehinggalah tamat PKP.

Jadi, kalau korang bercadang nak keluarkan duit, pergi je ke mana-mana ATM. Kalau tengok kawasan tu ramai, carilah bank yang tak ada orang dan jaga penjarakan sosial.