'Bagai Tsunami Kecil', Penduduk Terkilan & Dalam Ketakutan Akibat Bencana Banjir Di Gunung Jerai

“Sepanjang saya membesar di kampung ini, ini kali pertama berlaku kejadian seperti ini.”

'bagai tsunami kecil', penduduk terkilan & dalam ketakutan akibat bencana banjir di gunung jerai

Begitulah perkongsian salah seorang penduduk Salwa Md Isa, 34, apabila melihat keadaan air deras luar biasa di sungai berhampiran rumahnya ketika kejadian kepala air dari puncak Gunung Jerai ‘mengganas’.

Memetik laporan Astro Awani, kejadian tersebut dipercayai berlaku kira-kira 5 petang sehingga lebih kurang 7.30 malam itu kemudian menyebabkan berlakunya banjir besar di kawasan sekitarnya.

“Kepala air ini dah biasa berlaku tetapi tidaklah sehingga hingga titi, jalan runtuh, kereta hanyut dan ada yang meninggal, saya rasa sangat takut,” katanya.

Lanjut Salwa, kejadian terbabit menyebabkan bekalan air di rumahnya terputus.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Jaafar Man, 62 sedang berlindung bersama keluarganya di dalam bangunan yang lebih tinggi, berikutan bimbang paras air kembali naik.

Jaafar yang juga telah mengusahakan Kem Kenari Nature Park berhampiran Gunung Jerai selama 21 tahun berkata bahawa kem tersebut telah ditelenggami air serta pasir sehingga paras pinggang.

“Buat masa ini, saya serta tujuh lagi ahli keluarga berada dalam keadaan selamat. Bekalan elektrik, makanan dan minuman semua masih ada dan mencukupi pada masa ini, hanya bekalan air terputus.

“Hujan lebat petang tadi (semalam) telah menyebabkan banyak fasiliti di kem termasuk rumah inap, surau, kolam, ruang mesyuarat dan kantin ditelenggami air.

“Banyak juga cermin dan struktur bangunan pecah akibat dilanggar kayu balak yang dihanyutkan,” tambahnya.

 

Sumber: [1]