Seorang bapa telah memasang khemah di atas bukit untuk capaian internet yang lebih baik demi kelas atas talian anaknya.
Menurut pelajar Fakulti Sains dan Teknologi University Malaya (UM), Norlida Khalida Mohd Azmi, ayahnya telah memasang khemah sementara, tarik wayar elektrik dan membawa ubat nyamuk untuk kemudahannya dan adiknya untuk belajar.
Tak mudah sebenarnya nak belajar atas talian terutama mereka yang berada di luar bandar ni. Tak cukup dengan masalah capaian internet, masalah alam turut menjadi cabaran buat mereka.
Seperti Norlida dan adiknya, mereka terpaksa berhadapan dengan serangga seperti nyamuk, pcat dan lipan.
"Serangga seperti nyamuk memang banyak selain pacat dan lipan, tapi itu tidak mematahkan semangat saya. Malah, ayah kerap juga temani saya jika keadaan sunyi," katanya kepada Astro Awani.
Selain itu, musim tengkujuh juga memberi cabaran kepada dua orang penuntut tersebut.
“"Bila hujan musim tengkujuh ini, tempias kena komputer riba tak dapat nak elak... tapi semua itu saya tempuhi demi pembelajaran dan peperiksaan yang sedang saya duduki ini" katanya.
Sumber: Astro Awani