Awal Tak Boleh Tidur Malam Fikir Nama Anak Kedua

Pasangan selebriti Malaysia, Awal Ashaari dan Scha Alyahya akhirnya mendedahkan nama anak kedua mereka kepada umum.

awal tak boleh tidur malam fikir nama anak kedua

Perkongsian tersebut dibuat secara eksklusif menerusi program realiti Schawal Baby Boom yang ditayangkan di saluran Astro Ria.

Kongsi Awal kepada satu akhbar tempatan, “LA atau LY, dua hurut ini yang buat saya tak boleh tidur malam. Temujanji dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sudah buat waktu itu. Nama pula tak putuskan lagi. Nasib baik ada isteri dapat selesaikan perkara ini.”

Menurut Awal, anak pertama mereka, iaitu Lara turut menyumbangkan fikiran dalam menamakan adik kecilnya itu.

“Asalnya, Lara inginkan nama Lela yang dia sudah pilih lama semasa adik masih dalam perut lagi. Sementara, saya dan isteri pula sudah jatuh hati dengan nama Aminah, diambil bersempena nama ibu Nabi Muhammad SAW.”

Lanjutnya lagi, setelah berbincang, mereka bersetuju untuk menamakan anak kedua mereka itu sebagai Lyla Amina yang membawa maksud hitam manis, jujur, dipercayai dan beriman.

Dalam pada itu, pasangan tersebut juga berkongsi nama akaun Instagram khas untuk anak kedua mereka, @lylaaminaa.

Setakat ini, akaun milik Lyla masih berada dalam mode private.

Terdahulu, Scha Alyahya selamat melahirkan anak keduanya bersama suami, Awal Ashaari, pada 12 Februari 2021.

Pasangan tersebut berkahwin pada 4 Mei 2012 dan dikurniakan cahaya mata perempuan pertama mereka, Lana Alana pada 22 Julai 2014.

 

Sumber: Harian Metro