Apa Nasib Piala Malaysia?

apa nasib piala malaysia?

Peminat bola sepak tempatan mesti dah tahu kan yang saingan Piala Malaysia musim ini ditangguh sekali lagi?

Sebab hampir seluruh negara kini berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat sehingga 6 Disember depan.

apa nasib piala malaysia?

MFL dan FAM sebenarnya telah mengambil langkah proaktif apabila mencadangkan kepada Majlis Keselamatan Negara untuk meneruskan kejohanan bola sepak tertua Asia Tenggara itu di Pahang dan Kelantan.

Yelah, di Semenanjung ni hanya Pahang, Perlis dan Kelantan je yang terkecuali daripada pelaksanaan PKPB.

Namun, cadangan itu telah ditolak MKN kerana bimbang dengan penularan COVID-19 yang bilangan kesnya masih tinggi dalam negara.

Ini merupakan kali ke-4 saingan Piala Malaysia musim ini ditangguhkan.

Bila dah banyak kali kena tangguh, timbul spekulasi yang mengatakan kejohanan ini mungkin dibatalkan.

apa nasib piala malaysia?

FAM kini menyerahkan keputusan muktamad kepada MFL sama ada ingin meneruskan saingan tersebut atau sebaliknya.

Dengar cerita, hari ini jugak pengumuman berhubung status Piala Malaysia ni akan dibuat. Hmm.

Korang rasa patut diteruskan ke tidak Piala Malaysia tahun ni? Kalau nak dibatalkan, perlawanan tak banyak dah, tinggal 7 perlawanan je termasuk final nanti.

Oleh : Karami Kamel