Peminat bola sepak tempatan mesti tahu yang Terengganu FC layak beraksi dalam saingan Piala AFC musim depan.
Disebabkan saingan Piala Malaysia dibatalkan kerana pandemik COVID-19, slot tersebut yang dikhaskan untuk juara telah diberi kepada TFC kerana menamatkan saingan Liga Super di tempat ke-3.
Tapi pengurusan TFC buat keputusan mengejut apabila tidak akan menyambung kesemua 5 kontrak pemain importnya musim depan.
Mereka ialah Dominique Da Sylva, Lee Tuck, Sanjar Shaakhmedov, Babacar Diallo dan pemain kelahiran Singapura, Faris Ramli.
Penjelasan yang diberi oleh pengurusan TFC ialah mereka milik perancangan baru untuk pasukan tersebut selain faktor kewangan.
Untuk pengetahuan semua, TFC menjaringkan 25 gol dalam semua kejohanan musim ini.
24 daripada 25 gol mereka dijaringkan oleh pemain import manakala gol tunggal pemain tempatan TFC dijaringkan oleh Rahmat Makasuf.
Itu pun pada perlawanan ke-3 Liga Super ketika berdepan Selangor, Mac lalu.
Dominique Da Sylva merupakan penjaring terbanyak dengan 9 gol manakala Lee Tuck dan Sanjaar Shakhmedov masing-masing dengan 6 gol.
Perkara yang membimbangkan sekarang ini ialah siapa yang akan menjaringkan gol untuk TFC musim depan?
Mampukah pemain tempatan menggalas beban yang ditinggalkan pemain import TFC?
Atau mampukah TFC mencapatkan pemain import musim depan yang setidaknya setaraf dengan pemain import yang mereka miliki musim ini?
Oleh: Karami Kamel