Pihak kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi negeri Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan akan pelaksanaan perintah tersebut bagi Sabah dan negeri di Semenanjung Malaysia.
Antara perbezaan adalah dari segi sektor ekonomi industri dan perniagaan. Jika di Sabah, sektor tersebut masih dibenarkan namun perlu mematuhi segala SOP ketat yang telah ditetapkan leh pihak kerajaan.
Berbeza di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya di mana pihak kerajaan membenarkan sektor ekonomi, industri dan perniagaan beroperasi seperti biasa.
Sumber: Astro Radio News, Awani