Anugerah MeleTOP ERA 2020 Kembali Tapi Mengikut Norma Baharu

anugerah meletop era 2020 kembali tapi mengikut norma baharu

Selepas beberapa bulan ditangguhkan, akhirnya acara tahunan Anugerah MeleTOP ERA edisi 2020 kembali. Dijadualkan berlangsung pada 20 Disember ini dan semestinya mengikut norma baharu.

Untuk tahun ini, Nabil Ahmad dan Jihan Muse akan berganding sebagai hos pada malam kemuncak. AME 2020 bakal berlangsung di PICC, Putrajaya dan disiarkan secara langsung melalui Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Memandangkan pandemik COVID-19 telah melanda dunia, acara ini juga akan diadakan dalam suasana mengikut norma baharu seperti mana yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Selain itu, SYOK akan menjadi kolaborasi hit bagi acara ini. Jadi, korang boleh dapatkan informasi terkini tentang AME di aplikasi SYOK.

Jadi, jangan lupa untuk saksikan Anugerah MeleTOP ERA 2020 pada 20 Disember nanti!