Angkat Geng Penghantar Makanan, Aman Ra Sentuh Hati Orang Ramai

Penyanyi rap Aman Ra, menyentuh hati orang ramai menerusi satu video berkonsepkan ‘Spoken Words’ yang dimuat naiknya di Tik Tok, berkenaan penghantar makanan.

angkat kumpulan penghantar makanan, aman ra sentuh hati orang ramai

Video tersebut merupakan kompilasi klip penghantar makanan yang mana Aman memuji usaha mereka dalam mencari rezeki. Sejak dimuat naik, video tersebut telah ditonton lebih dari 400, 000 kali.

 

@amanracom

Spoken Word | Delivery Boys ##grabfood ##foodpanda ##lalamove ##keramatrepresent ##budakflat

♬ original sound - Aman RA

 

Kata Aman kepada satu akhbar tempatan, “’Spoken Words’ adalah satu bentuk penghargaan buat mereka (penghantar makanan). Pada pendapat saya, mereka hero sebenarnya, barisan hadapan kita.

“Mereka satu daripada komponen penting dalam barisan hadapan kita. Mereka yang menghantar barangan makanan dan keperluan kita.

“Apabila kita dengar macam-macam berita mengenai perjuangan mereka, terima kasih! Secara peribadi, saya sangat bersyukur dengan perjuangan mereka.”

 

Sumber: [1]