Anak Malaysia Terpilih Untuk Hasilkan Koleksi Global Bersama Vans

anak malaysia terpilih untuk hasilkan koleksi global bersama vans

Sebelum ni seorang rakyat Malaysia dan juga lagenda papan selaju terkenal, Pa’din Musa telah menghasikan kasul bersama Vans. Terbaru, seorang lagi rakyat anak Malaysia dari Kuala Pilah telah terpilih untuk menghasilkan koleksi global bersama jenama itu.

Kide Baharudin merupakan seorang artis tempatan dan telah memenangi Vans Asia Custom Cutlture pada 2017. Beliau juga telah dipilih oleh Vans untuk melukis pada acara House of Vans.

Melihat kepada akaun Instagram rasmi Vans, reka bentuk yang dihasilkan sangatlah berwarna warni dan dikatakan lukisan tersebut berkonsepkan tradisi, budaya dan sejarah tempatan.

“Setiap kali saya mengayuh basikal di kampung saya, saya membayangkan bagaimana keadaannya pada 1950-an, 60-an dan 70-an.”

“Saya merujuk kepada zaman kanak-kanak ibu bapa saya untuk menghasilkan lukisan saya,” jelas Kide.

Selain daripada kasut, lukisan anak tempatan itu juga akan dikeluarkan dalam bentuk baju-T, seluar renang, beg dan topi. Rekaan tersebut akan mula dijual pada 8 Mei ini yang juga merupakan sehari sebelum ulang tahun yang ke-30 artis tersebut.


Sumber: Astro Awani