Amen Khalid Sambung Legasi Allahyarham Mamat Khalid Menerusi "Kampong Pisang Berbuah Dua Kali"

Pemergian sutradara tersohor Allahyarham Mamat Khalid masih terasa dalam kalangan orang ramai lagi-lagi mereka yang sentiasa menanti-nantikan setiap hasil karya daripadanya.

amen khalid sambung legasi allahyarham mamat khalid menerusi kampong pisang berbuah dua kali

Sepanjang riwayatnya, beliau berjaya mencetuskan sebuah legasi yang cukup besar terhadap industri penyiaran dan perfileman Malaysia serta masyarakat.

Antara pencapaian hebat yang berjaya ditempa beliau termasuklah sumbangan kepada corak perubahan perfileman tempatan, misalnya, Hantu Kak Limah yang menjadi filem negara yang menembusi kutipan pecah panggung RM30 juta sehingga francais ‘Kampong Pisang’ dikembangkan lagi menjadi filem, drama siri premium dan telemovie serta filem pendek.

amen khalid sambung legasi allahyarham mamat khalid menerusi kampong pisang berbuah dua kali

Bagi meneruskan perjuangan seni dan legasi Allahyarham Mamat Khalid, anak keempatnya, Amen Khalid menggalas tanggungjawab dengan mengarahkan hasil karya terakhir ayahnya, iaitu Kampong Pisang Berbuah Dua Kali, dan ini bakal menandakan pengalaman pertama Amen dalam pengarahan filem.

Terdahulu, Amen pernah mengarahkan telefilem ‘Sis Ngesot’ dan ‘Pochong’ yang ditayangkan di saluran Astro BOO (404).

Filem komedi seram kesukaan ramai terbitan Astro Shaw dan kerjasama produksi Enjit-Enjit Semut ini bakal menemui penonton Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480 bermula 3 Mac ini.

amen khalid sambung legasi allahyarham mamat khalid menerusi kampong pisang berbuah dua kali

Kampong Pisang Berbuah Dua Kali bakal diterajui oleh tunggak utama francais tersebut iaitu Kazar Saisi (Pak Din), Bell Ngasri (Barkoba), Aziz M Osman (Pak Jabit), Mat London (Pak Karim), Dewa Sapri (Cik Purnama), Ahmad Yassin (Yassin), Rasydan Zakaria (Adan), Nizam Mok Ram (MA Mok), Joey Daud (Daud M), Yeop Hitler (Manap Sengau), Rashid Othman (Faguha Jabar), Anis Nisham (Yati).

Turut tidak ketinggalan, kemunculan Datin Paduka Eina Azman sebagai watak Cik Mek bakal menambahkan kegamatan dalam kampung ini.

Tampil sedikit berbeza, filem kali ini akan menyaksikan universe Kampong Pisang meletakkan elemen memperkasakan golongan wanita (women’s empowerment) dalam memperkukuhkan jalan cerita.

amen khalid sambung legasi allahyarham mamat khalid menerusi kampong pisang berbuah dua kali

Pengarah filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali, Amen Khalid berkata, “Alhamdulillah, akhirnya filem ini akan menemui penonton tidak lama lagi. Meskipun teruja untuk mempersembahkan karya daripada legasi peninggalan arwah ayah saya, namun pada masa yang sama saya rasa gementar untuk melihat reaksi penonton terutamanya peminat Kampong Pisang. Ini merupakan taruhan pertama saya sebagai pengarah filem, tentunya saya cuba mengekalkan elemen yang ada dalam Kampong Pisang dan dalam masa yang sama turut menerapkan  elemen baru agar gabungan tersebut dapat memberikan pengalaman segar kepada penonton seperti karya-karya sebelumnya.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada barisan pelakon Kampong Pisang Berbuah Dua Kali yang banyak memberi kerjasama dan bertukar pendapat dalam menjayakan setiap babak. Saya berharap menerusi filem ini akan menjadi permulaan yang baik untuk saya memperjuangkan seni dan teruskan legasi ayah saya.”

Saksikan komedi seram, Kampung Pisang Berbuah Dua Kali yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 3 Mac 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

amen khalid sambung legasi allahyarham mamat khalid menerusi kampong pisang berbuah dua kali

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.