Salah satu punca aisberg di kutub mencair adalah disebabkan oleh pemanasan global. Peningkatan suhu dunia telah menyebabkan bongkas ais mula bertukar menjadi cecair.
Terbaru, pihak tentang Britain melaporkan bahawa aisberg terbesar di dunia turut mula pecah dan terpisah. Menurut laporan itu juga, aisberg itu telah hanyut di lautan dan dalam laluan untuk merempuh Wilayah Seberang Laut Britain.
Pihak tentera Britain menemui kejadian itu ketika mereka melakukan rondaan udara. Bongkah aisberg itu dikatakan tiga kali ganda lebih besar jika dibandingkan kora raya London dan lebih besar daripada negara Luxembourg.
Aisberg itu diberi nama A-68-D dan kini pihak berkuasa sedang memerhati pergerakan bongkas ais tersebut sama ada akan bergerak atau kekal di mana berada sekarang.
Buat masa ini, para pengkaji belum pasti akan kesan aisberg ini kepada hidupan liar di Pulau Selatan Georgia.
Sumber: Astro Awani