All England : 8 Wakil Negara Mara Ke Pusingan Ke-2!

Kejohanan Badminton Terbuka Jerman baru je habis, dah masuk All England pulak.

Fuhhh! Mencabar betul!

Beregu lelaki, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin dah menjuarai Terbuka Jerman minggu lepas.

Agak-agak All England macam mana pulak kan?

Tapi nampaknya buat masa ni 8 atlet kita bermula dengan langkah kanan mara ke pusingan kedua.

Juara bertahan, Lee Zii Jia menang straight set ke atas wakil Jepun, Kenta Nishimoto.

all england : 8 wakil negara mara ke pusingan ke-2!

Harap-harap Zii Jia dapat bangkit kali ini selepas kandas di separuh akhir Terbuka Jerman minggu lepas.

Lee Zii Jia tidak keseorangan pada pusingan kedua nanti kerana turut diiringi Liew Darren.

Aaron Chia-Soh Wooi Yik pun mara ke pusingan kedua.

all england : 8 wakil negara mara ke pusingan ke-2!

Minggu lepas, beregu lelaki utama ni terlepas beraksi pada Terbuka Jerman sebab Wooi Yik dijangkiti Covid-19.

Turut iringi Aaron Chia-Soh Wooi Yik ke pusingan kedua ialah Ong Yew Sin-Teo Ee Yii, beregu campuran, Ho Pang Ron-Cheah Yee See, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, Ong Yew Sin-Goh Liu Ying dan beregu wanita, Pearly Tan-M.Thinaah.

Yang menarik kali ini, Ong Yew Sin dan Tan Kian Meng masing-masing bermain untuk 2 kategori iaitu beregu lelaki dan beregu campuran.

Ong Yew Sin mara ke pusingan kedua untuk kedua-dua kategori manakala Tan Kian Meng mara untuk beregu campuran je sebab tewas dalam acara beregu lelaki bersama gandingannya, Tan Wee Kiong pada pusingan pertama.

Beregu wanita, Pearly Tan-M.Thinaah berpeluang untuk tebus kekecewaan pulang awal pada Terbuka Jerman apabila turut mara ke pusingan kedua All England.

all england : 8 wakil negara mara ke pusingan ke-2!

Semoga berjaya wira-wira negara!

Gegarkan All England dengan keputusan yang membanggakan negara.

 

Oleh Izzati Amir