Alif Satar Undur Diri, Siapa Bakal Menjadi Hos AME 2020 Bersama Jihan Dan Nabil?

alif satar undur diri dari jadi pengacara ame 2020

Seperti semua orang tahu, Alif Satar telah dijangkiti COVID-19 baru-baru ini. Bagaimanapun, selepas mendapat rawatan Alif telah kembali seperti biasa.

Pada awal tahun ini, pihak AME telah mengumumkan bahawa Alif Satar bakal menjadi pengacara bersama Jihan dan Nabil. Biarpun telah pulih, tetapi pihak AME terus mengambil berat akan tahap kesihatan Alif memandangkan menggalas tugas sebagai pengacara siaran langsung memerlukan daya tenaga yang banyak serta raptai pada siang dan malam.

Pihak AME 2020 dan Alif sendiri dengan berat hati telah mencapai kata putus untuk mengumumkan pengunduran Alif sebagai hos AME 2020. Perkara tersebut dimaklumkan oleh pihak AME 2020 dalam satu hantaran Instagram melalui akaun MeleTOP.

Pihak AME 2020 juga memaklumkan bahawa mereka akan mencari pengganti Alif dan pengumuman akan dibuat dalam segmen Johara pagi ERA pada jam 8 pagi esok.

Korang rasa siapa?

Sumber: Instagram MeleTOP