Aktiviti Riadah Di Taman-Taman Awam Dalam Kawasan PKP Adalah Dilarang!

aktiviti riadah di taman-taman awam dalam kawasan pkp adalah dilarang!

Imej dari Freepik

Buat orang ramai yang tinggal di 6 negeri yang dikenakan Perintah Kawakan Pergerakan (PKP) adalah sama sekali tidak dibenarkan melakukan aktiviti riadah di taman-taman awam.

Memetik laporan Astro Awani, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ada memberi peringatan kepada orang ramai agar jangan ada sesiapa yang melakukan aktiviti riadah dan sukan di taman awam kerana takut akan ada tindakan daripada berkuasa.

"Bagaimanapun terdapat laporan berlaku kesesakan di taman-taman awam di dalam kawasan PKP.

"Saya ingin menegaskan bahawa taman-taman awam adalah ditutup di dalam kawasan PKP dan tidak dibenarkan sebarang aktiviti bersukan atau riadah di taman awam sepanjang tempoh PKP.

p/s: Sila duduk di rumah dan mainkan peranan masing-masing bagi membendung jangkitan wabak ini. Ingat, kita jaga kita!