Ahli Gusti Wanita Berhijab Dari Malaysia Tersenarai Dalam Forbes 30 Under 30 Asia

ahli gusti wanita berhijab dari malaysia tersenarai dalam forbes 30 under 30 asia

Setiap tahun majalah terkenal Forbes akan menyenaraikan 30 individu  berumur di bawah 30 tahun yang mempunyai personality menarik dan mampu menjadi suri teladan dalam pelbagai bidang.

Tahun ini sekali lagi Forbes telah mengeluarkan 30 individu dan 12 belia dari Malaysia berjaya mendominasi senarai tersebut. Antara yang menarik perhatian semestinya anak muda yang merupakan seorang ahli gusti berhijab, Nor ‘Phonenix’ Diana.

Gadis yang berasal dari Kuala Lumpur ini mendapat perhatian apabila menjadi wanita pertama memenangi kejohanan Malaysia Pro Wrestling (MYPW) pada tahun lepas. Nor Diana tlah dikategorikan sebagai individu yang berpengaruh bagi kategori Sukan dan Hiburan.

Tahniah kepada Nor Diana kerana berjaya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Sebelum ini antara personality yang turut tersenarai di dalam Forbes 30 Under 30 ialah selebriti terkenal, Neelofa dan juga usahawanita sensasi, Vivy Yusof.

Sumber: FORBES