Aedy Ashraf & Amelia Henderson Enggan Komen Percintaan Mereka

Pelakon Aedy Ashraf enggan memberi komen mengenai percintaannya dengan Amelia Henderson selepas tular video dia melamar selebriti jelitu itu di hadapan khalayak ramai baru-baru ini.

aedy ashraf & amelia henderson enggan komen percintaan mereka

“Berkaitan kisah peribadi saya tidak mahu komen,” katanya.

Aedy bagaimanapun menjelaskan dia hanya ingin berkongsi tentang perkembangan kariernya kepada umum.

Baru-baru ini, nama Aedy dan Amelia menjadi topik hangat bualan wargamaya selepas videonya melutut dan melamar Amelia sebagai kekasihnya tular.

Pasangan tersebut juga pernah digosipkan bercinta selepas digandingkan menerusi sebuah drama tempatan sebelum ini, namun kedua-duanya menafikan khabar angin itu.

Amelia dalam kenyataannya kepada satu akhbar tempatan baru-baru ini pernah berkata, masih belum terdetik dalam dirinya untuk memikirkan ‘calon pengganti baru’ selepas rumah tangga yang dibina ketika berusia 19 tahun berakhir pada tahun 2018.

 

Sumber: [1]