Adik Neelofa, Ameera Khan Bercinta Dengan Pelakon Indonesia, Jefri Nichol?

Sejak kebelakangan ini, nama personaliti media sosial yang juga adik kepada Neelofa, iaitu Ameera Khan sering kali dikaitkan dengan pelakon dari negara seberang, Jefri Nichol gara-gara interaksi mereka yang dilihat sebagai ‘lovey-dovey’ dalam kalangan peminat kedua-dua gerangan popular itu.adik neelofa, ameera khan bercinta dengan pelakon indonesia, jefri nichol?

Manakan tidak, 31 Julai lalu, Jefri Nichol berkongsi satu potret hitam putih dirinya kepada lebih 5 juta pengikut di Instagram berserta kapsyen, “Memuat naik yang ini kerana si dia menyukainya”.

adik neelofa, ameera khan bercinta dengan pelakon indonesia, jefri nichol?

Ruangan komen Nichol kemudian dibanjiri banyak komen oleh para peminat yang rata-ratanya memuji rupa parasnya yang tampan dia selain mempersoalkan identiti ‘si dia’ itu.

Namun, persoalan tersebut sepertinya berkemungkinan telah terjawab apabila Ameera meninggalkan komen pendek tetapi cukup manis sehingga menimbulkan spekulasi dalam kalangan peminat.

Coret Ameera, “Manusia kegemaran saya,” disertai dengan emoji hati merah. Komen Ameera itu malahan, juga turut disukai Nichol sendiri.

Ramai peminat kemudian membuat anggapan bahawa ‘si dia’ yang dimaksudkan bintang filem Dear Nathan itu sebenarnya ditujukan kepada Ameera.

Tidak ketinggalan, pelakon popular Indonesia, Adipati Dolken yang mengambil foto Nichol itu turut meninggalkan komen dengan bertanya, “Siapa yang suka foto ini?”, yang mana ramai yang membalas dengan nama Ameera.

Bagaimanapun, andaian bahawa kedua-dua personaliti popular muda itu kini sedang menjalinkan hubungan cinta antara satu sama lain tidak terhenti di situ.

adik neelofa, ameera khan bercinta dengan pelakon indonesia, jefri nichol?Pada hari yang sama, Ameera turut berkongsi foto selfie di Instagram peribadinya, yang mana Nichol kemudian juga dapat dilihat meninggalkan komen pendek yang berbunyi ‘Oh wow!’ di pos terbabit.

Selain itu, Ameera dan Nichol juga sering dilihat menyukai entri Instagram satu sama lain.

Setakat ini, tiada kepastian lanjut mengenai status sebenar hubungan mereka.

Tetapi, kalau benar pun, apa salahnya kan? Kerana kedua-duanya masih muda. Tambahan lagi, pasangan ini sepertinya sama cantik sama padan.

 

Sumber: Instagram