Terbaru, Astro Shaw bakal membawakan filem berunsur romantik islamik berjudul Seandainya Kau Ada, terbitan Zeel Production, di Astro First bermula 29 April 2021 ini.
Filem yang dibintangi Fendy Bakry, Raysha Rizrose dan Ruhainies itu merupakan sebuah adaptasi daripada novel popular dengan judul yang sama, karya Kamsiah Abu.
Menariknya, Seandainya Kau Ada menjalani penggambaran di Tanah Suci Makkah, Madinah, Uzbekistan dan tinggal ketinggalan, Kuala Lumpur serta Perlis.
Biarpun ia berkisarkan mengenai kisah cinta antara pasangan yang terpisah, filem tersebut walaubagaimanapun pastinya bakal menyuntik rasa rindu dan keinginan dalam kalangan penonton berikutan babak-babaknya yang dilakonkan di Tanah Suci.
Malah, terdapat juga satu adegan yabg mana Fendy Bakry mencukur seluruh kepalanya selepas melakukan tawaf dan sa’ie.
Seandainya Kau Anda mengisahkan mengenai Syahirah (Raysha Rizrose) yang menyimpan hati terhadap Fazlur (Fendy Bakry) sejak kecil. Hubungan mereka bertambah erat apabila Fazlur melanjutkan pelajaran ke Uzbekistan dan berjanji untuk pulang mengahwini Syahirah. Namun, semuanya berubah apabila Fazlur menghilangkan diri pada hari perkahwinan mereka.
Syahirah yang berpatah hati terhadap kejadian itu membawa diri ke Uzbekistan yang mana sepanjang lima tahun dia berada di situ, dia mula berkenalan dengan seorang pemuda yang bernama Iskanda (Aidit Noh). Kerana percaya dengan jodoh yang ditentukan Allah, Syahirah kemudiannya pulang ke Kuala Lumpur untuk mengahwini Iskandar. Namun, dia terkejut apabila mengetahui punca sebenar Fazlur meninggalkannya dulu.
Menurut Pengarah Seandainya Kau Ada, Haji Md Fadzil Teh atau lebih mesra dengan panggilan Haji Zil berkata, “Filem ini mempersembahkan sinematografi menarik dan penonton dapat lihat keindahan negeri Perlis serta babak-babak di luar negara seperti di Kota Makkah, Madinah dan Uzbekistan.
“Saya harap filem pertama ini mampu menambat hati penonton menerusi jalan cerita, lakonan mantap oleh barisan pelakon, sinematografinya serta lagu latarnya.”
Selain Fendry Bakri, Raysha Rizrose, Ruhainies dan Aidit Noh, filem tersebut turut dibintangi nama-nama besar lain seperti Rozita Che Wan, Shah Iskandar, Haris Ismail, Daler Yusuf, Azhan Rani.
Turut berkongsi layar yang sama ialah Ali Reza, Fendi Seman, Fauziah Nawi, Scha Ellinnea dan Fahrin Ahmad.
Saksikan filem Seandainya Kau Ada yang akan menjengah di Pawagam Rumah Anda, Astro First saluran 480, bermula 29 April ini. Anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.