AADK Kelantan Akan Laksana Ujian Saringan Air Kencing Pada Pelajar Sekolah Menengah

Bagi membendung penglibatan pelajar dalam pengambilan dadah, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kelantan akan melaksanakan program ujian saringan air kencing kepada pelajar sekolah menengah di negeri itu bermula bulan ini.

aadk kelantan akan laksana ujian saringan air kencing pada pelajar sekolah menengah

Memetik laporan dari Astro Awani, program itu akan dilaksanakan di semua sekolah menengah negeri tersebut dan pelajar yang didapati positif akan dimasukkan ke dalam program pemulihan berbentuk kem di bawah agensi berkenaan.

 

Meskipun setakat ini masih belum ada rekod jumlah penglibatan pelajar dengan dadah, pihak AADK akan melaksanakan program berkenaan memandangkan juga sekolah yang kini baru dibuka semula.

 

AADK bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan melaksanakan program berkenaan bulan ini, dan berharap agar pihak sekolah boleh memberikan kerjasama baik dan tidak menyembunyika  data pelajar yang terlibat.

 

Tambah lagi, AADK Kelantan telahpun mengenalpasti 15 kawasan berisiko tinggi aktiviti penyalahgunaan dadah membabitkan lima jajahan, antaranya Kota Bharu dan Tumpat.

 

Sumber: Astro Awani