90 Peratus Penghidap HIV/AIDS di Malaysia Adalah Lelaki

Human immunodeficiency virus, atau HIV ialah sejenis lentivirus yang menyebabkan jangkitan HIV. Jangkitan HIV yang tidak dirawat akan kemudiannya menjadi AIDS.

90 peratus penghidap hiv/aids di malaysia adalah lelaki

AIDS pula merupakan sejenis keadaan dimana daya imunisasi atau daya ketahanan seseorang menjadi begitu lemah sehingga tidak dapat melawan jangkitan kuman dan menghalang perkembangan sel-sel kanser. Seorang pesakit yang dijangkiti HIV jika tidak dirawat dijangka mempunyai jangka hayat sepangjang 9 hingga 11 tahun, bergantung kepada subjenis HIV.

.

Malaysia juga tidak terkecuali daripada jangkitan penyakit HIV/AIDS ini. Menurut Ketua Sektor HIV/AIDS dan Hepatitis C Kementerian Kesihatan, Dr Anita Suleiman berkata, sebanyak 90 peratus penghidap penyakit ini di Malaysia adalah terdiri daripada golongan lelaki.

90 peratus penghidap hiv/aids di malaysia adalah lelaki

Sehingga Disember 2020, seramai 125,878 pesakit HIV/AIDS yang berdaftar di seluruh negara bagi mendapatkan rawatan dan penjagaan rapi. Daripada jumlah itu, sebilangan besar darinya adalah golongan lelaki, kesan daripada penggunaan jarum untuk suntikan bagi penagihan dadah serta amalan seks tidak selamat khasnya golongan homoseksual.

.

"Data terkumpul dari 1986 hingga 2020 menunjukkan bilangan kes HIV/AIDS melibatkan golongan perempuan dan kanak-kanak adalah rendah iaitu 14,213 orang berbanding lelaki.

"Sebanyak 60 peratus penghidap HIV/AIDS pula terdiri daripada golongan muda berusia antara 29 hingga 39 tahun," katanya.

.

Bilangan pesakit HIV/AIDS dijangka lebih besar daripada angka direkodkan kerana masih ramai pesakit yang malu untuk tampil mendapatkan rawatan berikutan persepsi negatif masyarakat.

.

Meskipun sehingga kini masih tiada ubat yang dapat menyembuhkan HIV/AIDS, terdapat ubat anti-virus HIV yang dapat melambatkan proses penyakit ini. Kerajaan juga menyediakan kombibasi tiga ubat anti-virus dikenali sebagai Highly Active Anti-Retroviral Therapy (HAART) secara percuma kepada semua pesakit HIV.

.

Sumber: [1], [2]