8,000 Kes Jangkitan Sehari Pada Jun Jika Ingkar SOP – KKM

Kes harian jangkitan COVID-19 diramalkan mencecah 8,000 sehari menjelang Jun jika orang ramai tidak patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

8,000 kes jangkitan sehari pada jun jika ingkar sop – kkm

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes harian pada 16 Mei 2021 untuk seluruh negara adalah 1.05. Unjuran yang dibuat menunjukkan kes boleh mencecah angka 8,000 sehari jika orang ramai masih tidak patuh kepada SOP.

8,000 kes jangkitan sehari pada jun jika ingkar sop – kkm

Bagaimanapun, dengan pelaksanaan PKP yang berkuatkuasa pada 12 Mei, bilangan kes harian dijangka dapat dikurangkan menjadi kurang 1,000 jangkitan berikutan pematuhan SOP yang ketat.

 

Kedah dan Pahang menjadi negeri yang mencatatkan nilai Ro/Rt tertinggi setakat 16 Mei iaitu sebanyak 1.27, diikuti Melaka (1.19), Perak (1.19),Pulau Pinang (1.14), Putrajaya (1.14) dan Johor (1.11).

8,000 kes jangkitan sehari pada jun jika ingkar sop – kkm

8,000 kes jangkitan sehari pada jun jika ingkar sop – kkm

Sumber: KKM / DG Hisham