Lapan Negeri Laksana PKPB, Rentas Negeri Masih Dilarang

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di lapan negeri bermula 5 Mac ini sehingga 18 Mac depan.

 
Lapan negeri yang dikenakan PKPB adalah Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perak, dan Kelantan.

lapan negeri laksana pkpb, rentas negeri masih dilarang
 
Manakala negeri Melaka, Pahang, Terengganu, Perlis, Sabah, Putrajaya dan Labuan pula dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada tarikh dan tempoh yang sama.

lapan negeri laksana pkpb, rentas negeri masih dilarang
 
Bagaimanapun, pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan, sebaliknya pergerakan rentas daerah di dalam negeri dibolehkan kecuali bagi negeri Sabah.

lapan negeri laksana pkpb, rentas negeri masih dilarang

 
Sumber: MKN