8 Negeri Di Malaysia Ini Berpotensi Dilanda Puting Beliung

Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan fenomena angin kencang yang digambarkan sebagai puting beliung di Ipoh, Perak.

8 negeri di malaysia ini berpotensi dilanda puting beliung

Kejadian yang jarang berlaku itu membuatkan ramai pihak kini dalam keadaan berjaga-jaga dan bimbang seandainya ia berulang kembali.

Menurut Pengarah Kanan Pusat Instrumentasi Meteorologi dan Sains Atmosfera Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Ambun Dindang, beberapa lokasi di negeri Pantai Barat Semenanjung serta Sabah dan Sarawak adalah diramalkan untuk terjadinya fenomena puting beliung seperti yang berlaku di Perak ini.

 

Negeri-negeri yang berpotensi dilanda ribut adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.

 

Bagaimanapun, MetMalaysia sukar meramalkan kejadian puting beliung di Malaysia kerana ia berlaku pada skala yang kecil dengan jangka hayat yang pendek.

 

Kejadian puting beliung ini adalah disebabkan kehadiran awan kumulonimbus yang besar yang menyebabkan perolakan kuat dalam awan tersebut, seterusnya membentuk corong awan pada dasar awan.

 

Antara tanda awal akan berlakunya puting beliung adalah pembentukan awan yang besar dan dasar awan yang gelap serta corong awan yang menjulur ke bawah.

 

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan elakkan daripada mendekati kawasan puting beliung serta carilah tempat selamat.

 

Sumber: [1]