Hampir 60 Peratus Dewasa Di Malaysia Dah Lengkap Dua Dos Vaksin COVID-19

Menurut data yang dikongsikan Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), hampir 60 peratus populasi dewasa di negara ini sudahpun melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat Rabu, 25 Ogos 2021.

hampir 60 peratus dewasa di malaysia dah lengkap dua dos vaksin covid-19

Ia melibatkan sebanyak 13.84 juta dos atau 59.1 peratus jumlah penerima individu dewasa yang lengkap dua dos secara keseluruhannya.

 

Bagi suntikan dos pertama pula, populasi dewasa sudah mencapai 80.3 peratus atau bersamaan 18.79 juta dos vaksin yang telah diberikan.

 

Setakat Rabu juga, sebanyak 423,380 lagi dos vaksin COVID-19 telah diberikan kepada penduduk di negara ini, yang mana Labuan, Kuala Lumpur, Selangor, Sarawak, Negeri Sembilan, Perlis, Melaka dan Pulau Pinang sudahpun mencatatkan lebih 50 peratus populasi dewasa menerima dua dos vaksin.

hampir 60 peratus dewasa di malaysia dah lengkap dua dos vaksin covid-19

Sumber: JKJAV