Sebanyak 4.7 juta kenderaan dijangka akan berada di atas jalan raya di seluruh negara sempena Hari Raya Aidilfitri bulan depan.
Demikian menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mat Kasim Karim yang akan menggerakkan 6,559 pegawai dan anggota trafik bagi memastikan kelancaran serta keselamatan trafik.
.
Tambah lagi, cuti raya yang akan panjang pada tahun ini akan menjadi peluang orang ramai untuk pulang ke kampung masing-masing, tambah pula sudah dua tahun tidak dapat merentas negeri susulan COVID-19.
.
Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, Op Selamat 18 akan dilancarkan bermula 29 April hingga 8 Mei depan dengan bertemakan ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi’.
.
Menerusi Op Selamat 18, ia akan memberi fokus kepada pencegahan jenayah pecah rumah dan meminimumkan kadar kemalangan jalan raya ketika musim perayaan.
.
"Dalam Op Selamat 18 ini, JSPT akan memberi fokus terhadap Op Motosikal, Op Had Laju dan Op Perdagangan yang akan dijalankan secara penguatkuasaan menyeluruh dengan tiada sebarang rayuan akan diterima bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi undang-undang ditetapkan," katanya.
.
Sumber: [1]