“Tiada Kemalangan Jiwa Dilaporkan” 30 Kru Terperangkap Di Gua Diselamatkan

Gempar semalam apabila 30 orang kru penggambaran filem terkandas dalam Gua Tempurung dekat Kampung Gunung Mesah, Gopeng akibat dari hujan lebat yang berterusan sejak pukul 3 petang semalam. 

“tiada kemalangan jiwa dilaporkan” 30 kru terperangkap di gua diselamatkan

Difahamkan oleh kerana hujan yang tidak henti, ia telah menyebabkan laluan keluar gua tersebut dinaiki air. 

Berdasarkan maklumat awal oleh Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, jumlah kru yang terbabit seramai 80 orang dan yang terperangkap seramai 30 orang warga tempatan dan warganegara Singapura.

"Pihak bomba dimaklumkan akan kejadian itu dan bersama polis menjalankan operasi menyelamat di lokasi kejadian. Kesemua kru yang terperangkap berjaya diselamatkan dan dibawa keluar dari kawasan tersebut.

"Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa yang dilaporkan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sumber: Harian Metro