3 Langkah Mudah Untuk Pastikan Juadah Berbuka Selamat Dimakan

Bulan puasa ni memang mewah lah dengan makanan. 

Pergi je bazar Ramadan, macam-macam jenis makanan dan minuman ada.

3 langkah mudah untuk pastikan juadah berbuka selamat dimakan 

Kena siapkan duit dalam poket je hehe.

Tapi dalam kita seronok nak beli juadah berbuka, hati-hati dalam memilih dan membeli makanan.

Almaklumlah tengah-tengah berpuasa ni, semua makanan depan mata nampak sedap, pastu kalau boleh nak beli je semua benda kan.

3 langkah mudah untuk pastikan juadah berbuka selamat dimakan

Sabar, kita kena beringat dan pastikan apa yang masuk dalam mulut kita selamat, takde lah keracunan makanan pulak nanti.

Pegawai dietetik, Nur Filzah Aliah ada berkongsi 3 langkah mudah untuk pastikan makanan yang kita beli selamat dimakan : 

3 langkah mudah untuk pastikan juadah berbuka selamat dimakan

1. Lihat
Sebelum beli, tengok makanan tu betul-betul, pastikan tak berlendir, berbuih, berkulat, berubah warna atau tamat tarikh luputnya.


2. Hidu 
Pastikan takde bau busuk, masam atau berbeza dengan bau asal makanan tersebut.

3. Rasa
Haa jangan rasa masa tengah puasa pulak! Tunggu dulu azan maghrib, rasa sikit makanan tu, pastikan takde rasa basi atau berbeza dengan rasa asal makanan tersebut. Senang je kannn, so, jangan la gelojoh sangat nak beli juadah berbuka. Tak pasal-pasal kena puasa kat hospital pulak nanti akibat keracunan makanan.


3 langkah mudah untuk pastikan juadah berbuka selamat dimakan

Lagi 1, macam biasalah, sentiasa patuh SOP tak kira di mana saja kita berada, okay!

 

Oleh: Izzati Amir