“Saya Paling Nantikan Tidur Bergelimpangan Di Ruang Tamu Masa Raya,” – Mierul Aiman

Pelakon, Mierul Aiman paling menantikan suasana tidur bergelimpangan di ruang tamu setiap kali pulang ke kampung menyambut Aidilfitri.

“saya paling nantikan tidur bergelimpangan di ruang tamu masa raya,” – mierul aiman

Ujar pemilik nama sebenar Muhammad Amirul Aiman Norazman, 25, suasana itu cukup indah dan digunakannya untuk berbual sesama sepupu hingga masing-masing tidak sedar waktu bergerak pantas.

 

“Saya paling ternanti-nantikan tidur bergelimpangan di ruang tamu. Kadang-kadang jam dah tunjuk pukul 3 pagi tapi rasa macam baru pukul 8 malam di kampung.

“Suasana itu seronok, kami berborak sampai tak perasan waktu berlalu,” katanya.

“saya paling nantikan tidur bergelimpangan di ruang tamu masa raya,” – mierul aiman

Dalam pada itu, ada peminat dikatakan telah menyerbu rumah pelakon Projek: High Council ini untuk berhari raya, sehinggakan menimbul rasa kurang senang warganet yang dikatakan melanggar privasi.

 

Dengarkan siri audio Podcast Selebriti bersama Mierul Aiman menerusi aplikasi dan laman web SYOK sekarang!