Fasha Sandha Ada 30 Pasang Baju Sempena Raya, “Setiap Hari Saya Akan Pakai Satu..”

Pelakon, Fasha Sandha mendedahkan beliau sudah sedia mengenakan 30 persalinan sepanjang Syawal ini.

fasha sandha ada 30 pasang baju sempena raya, “setiap hari saya akan pakai satu..”

Menurut Fasha, meskipun beliau mempunyai 30 pasang persalinan baju raya, kesemua baju itu merupakan tajaan jenama tekstil terkemuka, Alfaro, yang melantiknya sebagai duta bagi jenama tersebut.

fasha sandha ada 30 pasang baju sempena raya, “setiap hari saya akan pakai satu..”

“Setiap hari saya akan pakai satu persalinan. 30 pasang baju itu terdiri daripada pelbagai rekaan seperti baju kurung dan abaya.

“Jenama ini lengkap dengan pelbagai pilihan dan ahli keluarga saya semuanya akan mengenakan koleksi Alfaro,” katanya.

fasha sandha ada 30 pasang baju sempena raya, “setiap hari saya akan pakai satu..”

Fasha turut berkata, beliau hanya bersetuju untuk menjadi duta mana-mana produk selepas yakin dengan keberkesanannya. Malah, beliau juga enggan menjadi selebriti yang hanya mengambil bayaran semata-mata tanpa memikirkan kesan yang akan dialami oleh setiap pengguna.

 

“Sebab itu selalunya saya jadi duta mesti lebih setahun dengan mana-mana produk. Orang tahu saya bukan jenis menipu dan sekadar ambil duit semata-mata. Kita juga tidak akan dapat keberkatan dengan cara tersebut.

“Jadi duta kita mesti betul-betul gunakan barangan tersebut sebab hendak yakinkan orang lain,” katanya.

 

Sumber: Utusan