“Moga Tahun Depan Saya Jadi Pengantin,” Pantun Ameera Khan Curi Tumpuan

Adik kepada Neelofa iaitu Ameera Khan telah mencuri tumpuan warganet menerusi dua rangkap pantunnya baru-baru ini.

“moga tahun depan saya jadi pengantin,” pantun ameera khan curi tumpuan

Ameera atau nama sebenarnya Nur Ameera Khan, 23, yang juga seorang influencer media sosial tampil memberi pantun dengan bayangan akan bergelar isteri tidak lama lagi.

 

Pantunnya berbunyi;

 

“Ada rendang ada ketupat, masuk mintak jangan lambat, kalau tidak diambil orang, sudah berkenan terus bincang.

“Asyik ucap salam Aidilfitri, bila pula you nak salam my wali, selamat hari raya maaf zahir batin, moga tahun depan saya jadi pengantin,” tulis beliau.

“moga tahun depan saya jadi pengantin,” pantun ameera khan curi tumpuan

Salah satu komen daripada kawan istimewanya, Jefri Nichol turut dilihat memberikan komen pada hantaran berkenaan, hingga membuatkan para peminat memberikan tanda suka.

 

“Amin!,” balas Jefri, 24, yang mempunyai 8.1 pengikut dalam Instagram.

“moga tahun depan saya jadi pengantin,” pantun ameera khan curi tumpuan

Dalam pada itu, Ameera turut dilihat meletakkan emoji hati berwarna ungu pada nama aktor tersebut dengan berlatar belakangkan jambangan bunga.

 

Sumber: Instagram Ameera Khan