“Prekuel Filem Mat Kilau Pasti ‘Box Office’ Tanpa Syamsul Yusof,” – Penerbit

Ekoran daripada kejayaan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, prekuel kepada filem ini akan diterbitkan tidak lama lagi.

 

Menurut penerbitnya, Abdul Rahman Mt Dali berkata, meskipun tanpa Syamsul Yusof sebagai pengarah dan barisan pelakon yang berbeza, filem itu katanya pasti akan mencatat ‘box office’. Tambah pula identiti pengarah yang dipilihnya menggantikan Syamsul masih dirahsiakan.

“prekuel filem mat kilau pasti ‘box office’ tanpa syamsul yusof,” – penerbit

"Insya-Allah, saya yakin prekuel filem Mat Kilau ini akan berjaya mencatat 'box office' kerana digarap oleh pengarah berkaliber dipilih, dilengkapi barisan pelakon yang bagus dan jalan cerita berkesan.

"Kami di Studio Kembara amat menitikberatkan skrip yang bagus, lakonan berkesan, pengarahan yang betul dan mempunyai sudut kewangan mencukupi untuk melahirkan karya bermutu selain pemasaran.

"Dalam hal ini, kita memang ada cerita prekuel Mat Kilau yang bagus dan saya percaya kisah dibawa ini sangat menarik dan sesuai dengan permintaan pasaran. Insya-Allah akan diminati ramai juga," katanya.

“prekuel filem mat kilau pasti ‘box office’ tanpa syamsul yusof,” – penerbit

Sebelum ini, nama Datuk Adi Putra dikatakan tiada dalam senarai pelakon untuk prekuel filem ini.

 

Tambahnya lagi, dengan jalan cerita yang amat dekat dengan penonton dan skrip yang menepati hiburan kreatif serta memberi manfaat, prekuel Mat Kilau pasti akan ditunggu-tunggu oleh segenap lapisan masyarakat sama ada golongan muda dan berusia.

 

Terdahulu, filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan berjaya mencatatkan kutupan RM100 juta tahun lalu, dibarisi pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin dan ramai lagi.

 

Sumber: HMetro