Awas, 220 Cerun Seluruh Negara Dikenalpasti Boleh Berlaku Runtuhan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah mengenal pasti sebanyak 220 cerun kritikal di seluruh negara yang berkemungkinan berlaku runtuhan lebih lagi ketika musim tengkujuh sekarang.

awas, 220 cerun seluruh negara dikenalpasti boleh berlaku runtuhan

Menurut Ketua Pengarah JMG, Hisamuddin Termidi berkata, daripada 220 cerun kritikal itu, sebanyak 122 cerun dikategorikan sebagai berisiko tinggi untuk berlaku runtuhan.

 

Orang ramai perlu berhati-hati meskipun kesemua kawasan cerun tersebut dalam pemantauan pihak JMG kerana sebahagian cerun itu berada dalam kawasan penempatan penduduk.

awas, 220 cerun seluruh negara dikenalpasti boleh berlaku runtuhan

“Lokasi tersebut sebagai contoh di Lembah Klang, berlaku kejadian tanah runtuh dan banjir di Sungai Penchala yang agak teruk dan banyak kemusnahan.

“Selain itu, kawasan berisiko terlibat antaranya Jalan Genting Peras-Kuala Klawang dan Sungai Tekali di Hulu Langat,” katanya.

 

Untuk tujuan ini, JMG di bawah naungan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli telah dipertanggungjawabkan oleh Jabatan Perdana Menteri bagi mengetuai satu inisiatif kebangsaan di bawah Pelan Induk Cerun Negara (PICN) 2009-2023 bagi mengurangkan risiko serta membina daya tahan masyarakat terhadap kejadian bencana melalui Projek PBRC. Projek Peta Bahaya dan Risiko Cerun atau (PBRC) dibuat bagi mengenal pasti dan melakukan pemetaan bahaya dan risiko cerun dengan berkesan.

Terdahulu, terdapat terdapat laporan sebanyak empat rumah rosak dan seorang wanita warga emas cedera selepas berlaku tanah runtuh di Jalan Palimbayan Indah, Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur pada pukul 1.22 pagi.

 

Sumber: [1]