2,068 Kes Positif Baharu Membuka Tirai Tahun 2021

2,068 kes positif baharu membuka tirai tahun 2021

Angka kes positif harian COVID-19 terus melebihi 2,000 kes. Untuk hari semalam, 1 Januari, lagi 2,068 kes positif baharu telah dilaporkan. Jumlah tersebut menjadikan kes keseluruhan sebanyak 115,078 kes.

Bagaimanapun, kes sembuh meningkat sebanyak 2,230 kes sehari. Oleh itu, jumlah kes sembuh keseluruhan telah mencapai 91,171 kes.

 

Selain itu, tiga lagi kematian baharu telah dilaporkan. Oleh itu, jumlah kumulatif melibatkan kematian meningkat kepada 474 kes.

KKM juga melaporkan terdapat 23,433 kes aktif. Daripada jumlah itu, 126 kes ditempatkan di ICU dan 54 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sumber: Instagram KKM