Sangat mengejutkan apabila melihat 2 buah rumah di tingkat atas Kondominium Bukit OUG, Bukit Jalil, dijilat api malam tadi.
BOMBA KL dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.14 malam. Seramai 45 orang anggota dihantar ke lokasi kejadian.
Menurut Komander Operasi Kanan, Mohamad Hafidz Yaacob, setibanya di lokasi jam 9.23 malam, pemeriksaan mendapati kebakaran berlaku melibatkan dua unit rumah di tingkat 12.
"Anggaran kemusnahan bagi rumah pertama ialah terbakar 90 peratus dan rumah kedua terbakar 60 peratus."
Tambah beliau, tiada mangsa yang terlibat. Kebakaran berjaya diikawal dan padam sepenuhnya pada jam 10.31 malam. Punca kebakaran masih dalam siasatan.
Oleh: Abdul Rahman Khairuddin.