2 Hari Lagi Sebelum Permohonan BPN 2.0 Ditutup, Dah Buat Permohonan Ke?

2 hari lagi sebelum permohonan bpn 2.0 ditutup, dah buat permohonan ke?

Korang dah buat permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2.0?

Kalau belum sila lah lakukan dengan segera kerana permohonan akan ditutup pada 15 November ini. Jadi, sekiranya anda masih belum buat permohonan, https://bpn.hasil.gov.my/ atau hantar borang manual ke pejabat LHDN berdekatan.

Permohonan ini hanya untuk mereka yang tidak menerima BPN sebelum ini. Berdasarkan makluman LHDN, bagi permohonan yang baru dan lulus kelak pembayaran akan dilakukan pada bulan Januari tahun depan.

Haaa isi cepat-cepat. Jangan nanti terlambat nak apply lepas tu tertanya-tanya kenapa tak dapat. Kepada korang yang rasa ibu bapa di kampung layak untuk menerima BPN, hubungi mereka dan maklumkan akan perkara ini.

Kerajaan akan menyalurkan RM2.2 bilion untuk membantu rakya di bawah projek Bantuan Prihatin Nasional 2.0 fasa kedua ini.

Sumber: Astro Radio News