181,000 Permohonan Rayuan BPN Dah Pun Terima Bayaran Mulai Semalam

181,000 permohonan rayuan bpn dah pun terima bayaran mulai semalam

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul mengumumkan 181,000 rayuan BPN yang telah diluluskan menerima bayaran mulai 24 hari bulan iaitu semalam.

Jadi, kalau korang buat rayuan dan status semakan dah lulus, boleh lah korang semak akaun bank. Bagaimanapun, pembayaran ini akan dilakukan secara berperingkat tau. Jadi, kalau tak dapat hari ni, semak esok pula.

"Pada minggu lalu saya berkongsi bahawa 181,000 rayuan BPN yang diluluskan akan menerima bayaran bernilai RM162 juta pada akhir bulan ini.

"Sukacita saya berkongsi bahawa bayaran ini akan dibuat mulai esok, 24 Jun 2020. Saya berharap bantuan ini akan dapat meringankan beban kesemua bakal penerima BPN," katanya.

Sumber: Astro Awani