Senarai 17 Perkhidmatan Dibenarkan Ketika Total Lockdown

Esok, 1 Jun 2021 bermulalah pelaksanaan tempoh larangan pergerakan penuh (total lockdown), seperti yang telah diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin minggu lalu.

kerajaan umum full lockdown fasa pertama seluruh negara bermula 1 jun 2021

Dalam pada itu, kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi dan hanya membenarkan 17 perkhidmatan perlu (essential services) dijalankan bagi memastikan kebajikan dan kelansungan hidup dapat diteruskan.

 

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pengoperasian perkhidmatan perniagaan hanya dibenarkan dari jam 8 pagi hingga 8 malam sahaja.

 

Berikut adalah senarai 17 perkhidmatan yang dibenarkan mulai esok:

 

Perkhidmatan perlu

  1. Makanan dan minuman termasuk untuk haiwan
  2. Penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet, penjagaan dan klinik haiwan serta perkhidmatan veterinar
  3. Air
  4. Tenaga
  5. Keselamatan (security and safety), pertahanan, kecemasan, kebajikan dan bantuan kemanusiaan
  6. Pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan pembetungan
  7. Pengangkutan melalui darat, air atau udara
  8. Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang, termasuk pemunggahan, pengangkutan laiter, pengendalian kargo dan pemaliman, dan penyimpanan atau pemukalan komoditi
  9. Komunikasi termasuk media, telekomunikasi dan internet, pos dan kurier serta penyiaran (bagi tujuan penyampaian maklumat, berita dan seumpamanya sahaja)
  10. Perbankan, insuran, takaful dan pasaran modal
  11. Kredit komuniti (pajak gadai sahaja)
  12. E-dagang dan teknologi maklumat
  13. Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan serta pengagihan bahan api dan pelincir
  14. Hotel dan penginapan (hanya bagi tujuan kuarantin, pengasingan, pekerjaan bagi perkhidmatan perlu dan bukan tujuan pelancongan)
  15. Pembinaan, penyelenggaraan dan pembaikan kritikal
  16. Perkhidmatan perhutanan (terhad kepada penguatkuasaan) dan hidupan liar
  17. Logistik yang terhad kepada penyampaian perkhidmatan perlu

Bagi sektor perkilangan pula hanya 12 perkhidmatan penting dibenarkan dengan kapasiti pekerja hanya 60 peratus sahaja.

 

 

Pembuatan

  1. Aeroangkasa (komponen dan maintenance, repair and overhaul - MRO)
  2. Makanan dan minuman
  3. Bahan pembungkusan dan percetakan hanya berkaitan bahan makanan dan kesihatan
  4. Barang-barang dan penjagaan diri, dan bahan pencuci
  5. Keluaran penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet
  6. Barang penjagaan diri, peralatan perlindungan diri (PPE) termasuk sarung tangan getah dan peralatan keselamatan kebakaran
  7. Komponen bagi peranti perubatan
  8. Elektrikal dan Elektronik (kepentingan rantaian ekonomi global)
  9. Minyak dan gas (Oil and Gas) termasuk petrokimia dan produk petrokimia
  10. Mesin dan peralatan hanya berkaitan kesihatan dan makanan sahaja
  11. Tekstil untuk pengeluaran PPE sahaja
  12. Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan dan pengagihan bahan api dan pelincir

 

Pertanian, Perikanan, Penternakan, Perladangan dan Komoditi

  1. Pertanian, perikanan dan penternakan serta rantaiannya (contohnya kedai yang menjual baja dan racun/kilang memproses buah sawit adalah dibenarkan untuk beroperasi)
  2. Perladangan dan komoditi serta rantaiannya (kelapa sawit, getah, lada dan koko)
  3. Pembinaan
  4. Kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kritikal
  5. Kerja-kerja pembinaan infrastruktur awam yang utama
  6. Kerja-kerja pembinaan bangunan yang menyediakan penginapan pekerja yang lengkap di tapak bina atau pekerja yang ditempatkan di Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ).

 

Perdagangan Pengedaran

  1. Kompleks membeli-belah ditutup kecuali hanya premis, pasar raya, pasar raya besar yang mempunyai seksyen makanan dan minuman, keperluan asas, kedai farmasi, penjagaan diri, kedai serbaneka, mini mart dan restoran untuk bawa pulang dan penghantaran ke rumah.
  2. Pasar raya, pasar raya besar, kedai farmasi, penjagaan diri, kedai serbaneka, mini mart dan kedai runcit serta departmental store dibuka terhad kepada seksyen makanan, minuman dan keperluan asas sahaja
  3. Restoran, gerai-gerai serta outlet makanan
  4. Dobi (termasuk layan diri)
  5. Kedai penjagaan haiwan dan makanan haiwan
  6. Kedai cermin mata dan barang optik8
  7. Kedai hardware
  8. Bengkel kenderaan, penyelenggaraan dan alat ganti
  9. E-dagang (semua kategori produk)
  10. Pemborongan dan pengedaran (semua kategori produk perkhidmatan perlu sahaja)

 

Sumber: Astro AWANI