Pertama Kali Diadakan, 130 Terima Vaksin COVID-19 Secara Pandu Lalu

Pertama kali seumpamanya di Malaysia, projek perintis vaksin COVID-19 melalui sistem pandu lalu telah berjaya dilaksanakan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu, dengan melibatkan 130 orang penerima vaksin.

pertama kali diadakan, 130 terima vaksin covid-19 secara pandu lalu

Sebelum menjalani proses vaksinasi, mereka yang berkenaan perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan PPV Khas (SPPV) serta didapati layak oleh doktor penilai.

pertama kali diadakan, 130 terima vaksin covid-19 secara pandu lalu

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), usaha itu akan diperluas bagi meningkatkan lagi kadar vaksinasi dan pada masa sama memberikan kemudahan kepada penerima vaksin di Malaysia.

 

Terdahulu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19, Khairy Jamaluddin memaklumkan pembukaan lima Pusat Pemberina Vaksin mega di sekitar Lembah Klang bermula 7 Jun ini bagi mempercepatkan proses imunisasi rakyat seterusnya mencapai imuniti berkelompok.

pertama kali diadakan, 130 terima vaksin covid-19 secara pandu lalu

Sumber: JKJAV / Khairy Jamaluddin