19 Lagi Kluster Baru Dikesan, 13 Dari Tempat Kerja

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 19 lagi kluster baharu COVID-19 dikesan di Malaysia pada 11 Julai, dan 13 daripadanya adalah daripada tempat kerja.

 

Selebihnya lima daripada kluster komuniti dan satu melibatkan kumpulan berisiko tinggi. Perincian kluster baharu mengikut negeri adalah seperti yang berikut:

19 lagi kluster baru dikesan, 13 dari tempat kerja

19 lagi kluster baru dikesan, 13 dari tempat kerja

19 lagi kluster baru dikesan, 13 dari tempat kerja

19 lagi kluster baru dikesan, 13 dari tempat kerja

Berikut pula adalah status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 11 Julai 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 5,194 kes (742,297 kes kumulatif, 88.8%);
  • Kes baharu : 9,105 kes (836,296 kes kumulatif);
  • Kes import : 18 kes (8 warganegara, 10 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 9,087 kes [7,438 warganegara (81.9%); 1,649 bukan warganegara (18.1%)];
  • Kes aktif : 87,841 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 961 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 455 kes;
  • Kes kematian : 91 kes (6,158 kes kumulatif, 0.74%; 86 warganegara, 5 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 3,077 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 19 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,212 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 865 kluster.

Sebanyak 91 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 34 kes di Selangor, 21 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 12 kes Negeri Sembilan, lapan (8) kes di Melaka, enam (6) kes di Johor, tiga (3) kes di Pahang, dua (2) kes di Kelantan, serta masing-masing satu (1) kes di Sarawak, Pulau Pinang, Perak, Kedah, dan Wilayah Persekutuan Labuan.

19 lagi kluster baru dikesan, 13 dari tempat kerja

Sumber: KKM