1,925 Kes Positif Baharu Dilaporkan, Kes Aktif Sebanyak 21,443

1,925 kes positif baharu dilaporkan, kes aktif sebanyak 21,443

Berdasarkan statistic COVID-19 semalam, jumlah kes positif baharu ialah sebanyak 1,925kes. Daripada jumlah itu, 1915 merupakan kes tempatan dan 10 merupakan kes import. Secara kumulatifnya, sudah terdapat 108,615 kes positif di negara kita.

Untuk kes sembuh pula, KKM melaporkan 1,123 kes bagi hari semalam. Secara kumulatifnya terdaoat 86,715 kes sembuh yang telah didaftarkan oleh KKM.

Sementara itu, KKM juga melaporkan dua kes kematian dan secara keseluruhannya menjadikan 457 kes.

Bukan itu sahaja, sehingga semalam juga KKM melaporkan terdapat 21,443 untuk kes aktif. 117 merupakan kes yang ditempatkan di dalam ICU termasuklah 55 kes yang memerlukan bantuan aat pernafasan.

 Sumber: KKM