1,810 Kes Positif Baharu, 6 Kematian Baharu Dilaporkan

1,810 kes positif baharu, 6 kematian baharu dilaporkan

Setakat 11 Disember, jumlah kes positif COVID-19 terus melebihi paras 1000 kes. KKM telah melaporkan pertambahan sebanyak 1,810 kes baharu. Daripada jumlah itu, 1799 daripadanya merupakan kes tempatan dan 11 adalah kes import.

Untuk kes sembuh pula, KKM melaporkan 937 kes sembuh sehingga hari semalam. Secara keseluruhannya, kes sembuh telah mencapai 67,173 kes. Terima kasih KKM.

Angka kematian terus meningkat apabila enam kes kematian dicatatkan. Jumlah keseluruhan kes kematian adalah sebanyak 402 kes.

Sumber: Instagram KKM