1,335 Kes Positif Baharu Dilaporkan, Dua Kematian Baharu Dicatatkan

1,335 kes positif baharu dilaporkan, dua kematian baharu dicatatkan

Mungkin ramai yang dah tak sabar nak merancang perjalanan memandang tidak perlu lagi meminta kebenaran untuk merentas negeri kecuali kawasan PKPD kan?

Bagaimanapun, harus diingatkan kes positif masih lagi melebihi paras 1000 kes. Sehingga hari semalam, 1,335 kes positif baharu direkodkan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 72,694 kes.

Selain itu, kes kematian juga bertambah dua kes. Jadi, terdapat 382 kes kematian akibat pandemik ini di negara kita.

Bagaimanapun, KKM juga berjaya menyelesaikan 1,069 kes untuk hari semalam. Secara keseluruhannya sudah 61,273 kes telah berjaya diselesaikan.

Jadi, diharapkan kita semua bertanggungjawab dalam menjaga kita. Amalkan penjarakan fizikal, jaga kebersihan semaksimum mungkin.

Sumber: KKM