Kajian Tunjuk Wanita Tidak Tertarik Pada Lelaki Yang Ada Ramai Kawan Perempuan

Jika anda lelaki dan memiliki ramai kawan atau sahabat perempuan, anda mungkin akan menjadi kurang menarik perhatian bagi kebanyakkan wanita lain.

kajian tunjuk wanita tidak tertarik pada lelaki yang ada ramai kawan perempuan

Ia berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Universiti Monash mendedahkan  bahawa golongan tersebut berkemungkinan sukar untuk dihampiri dan 40 peratus kurang menarik.

 

Lelaki yang sering dilihat ada ramai rakan wanita juga dianggap kurang mempunyai rasa rendah diri.

 

“Seorang lelaki yang memberitahu bahawa dia mempunyai ramai rakan wanita dianggap sombong.

“Selain itu, lelaki yang mendakwa bahawa dia mempunyai bilangan rakan wanita yang ramai turut dianggap seperti melebih-lebihkan cerita.

“Ini seterusya membawa kepada syak wasangka dan rasa tidak percaya,” kata penyelidik kajian tersebut, Dr. Ryan Anderson.

 

Kajian yang sama mendapati wanita yang ada ramai kawan lelaki juga dilihat kurang menarik pada mata lelaki.

kajian tunjuk wanita tidak tertarik pada lelaki yang ada ramai kawan perempuan

Penyelidik juga mendapati perkara sama berlaku jika individu itu memiliki rakan yang terlalu sedikit, tanpa mengira jantina, juga dianggap tidak menarik. Wanita yang mempunyai bilangan rakan lelaki yang amat sedikit dianggap tujuh peratus kurang menarik dalam kalangan lelaki.

 

Sumber: [1]