Dah Anak Tiga Tapi Badan Persis Anak Dara, Ini Rahsia Nia Ramadhani

Nama pelakon, Nia Ramadhani bukanlah satu nama yang asing dalam industri hiburan kita. Ramai sahaja mengenali beliau sebagai ‘Bawang Merah’, dari sebuah sinetron Indonesia yang sangat popular suatu ketika dahulu.

dah anak tiga tapi badan persis anak dara, ini rahsia nia ramadhani

Bakal melangkah usia 30 tahun pada April ini, Nia memberitahu berat badannya pernah naik hampir 30kg semasa mengandungkan anak ketiga. Terkejut dengan kenaikkan mendadak itu, Nia lantas mengamalkan diet ketat bagi mendapatkan bentuk tubuh persis anak dara.

dah anak tiga tapi badan persis anak dara, ini rahsia nia ramadhani

Menariknya, dalam tempoh 7 bulan sahaja, Nia berjaya mendapatkan kembali bentuk tubuh badan yang diinginkan. Caranya seperti berikut:

 

1. Tidak makan makanan yang bergoreng.

2. Menggantikan buah avocado jika teringin memakan makanan bergoreng.

3. Tidak makan makanan ringan, khasnya dari waktu jam 12 tengahari hingga 6 petang.

4. Tidak makan nasi, gantikan nasi kepada makanan berdaging seperti ayam atau daging sahaja.

5. Melakukan aktiviti renang untuk membakar lemak dengan lebih cepat.

6. Memilih masakan berasaskan telur ketika sarapan kerana telur mampu membuatkan seseorang itu kenyang dalam jangka masa panjang.

dah anak tiga tapi badan persis anak dara, ini rahsia nia ramadhani

Amalan diet oleh Nia Ramadhani ini nampak mudah, sebaliknya ia memerlukan disiplin yang sangat tinggi dalam menjalaninya. Selamat mencuba!

 

Sumber: Brilio